Monday, August 11, 2008

Cerita Pasal Kucing

Hmmm …. “keluarga” dah bertambah. Semua dah ada 10 ekor dalam sangkar : Pikoe, Ira, Fei Fei, Ninie / Queenie, Momo / Gizmo, Mei Mei / Xiao Mei dan 4 ekor anak kucing yang belum celik mata. Dan, tak termasuk si-Itam, Jahhat ngan “Anak Makcik” ( Popo kasi nick name – actually tak ada particular name nak kasi ). Tak semua orang suka kucing. Ada yang kata alah dengan bulu, tak suka bau-bauan, dan macam-macam alasan.

Memang leceh dan memenatkan. Belanja pun boleh tahan juga. Tapi bagi aku kucing yang aku ada sekarang adalah teman paling “rapat” dan “penghibur”. Tak kisah lar kalau keluar belanja seratus dua sebulan tetapi ber”baloi”. Pulangan yang aku dapat lebih berharga dari wang ringgit yang aku keluarkan. Ketenangan dan keseronokan yang aku dapat adalah yang paling berharga.

Sekurang-kurangnya “mereka” pandai menghibur :

Si Pikoe ( Pure Persian ) – Nama agak unik jugak. ( One of the main character inside my favorite cartoon “Dragon Balls” ). Ketua keluarga dan juga si-kaki bully yang aku beli masa baru berusia 2 bulan dengan harga yang agak mahal. Asalnya berbulu panjang dan berwarna putih tetapi sudah berberapa kali dibotakkan sebab bulu yang selalu berpintal dan selalu kotor. Selalu menyahut kalau namanya disebut. Agak manja dan suka kalau bulunya selalu diberus.

Si Ira – Ibu kucing yang aku pinjam dari kawan sama office. Agak garang sikit. Tapi ada masa manja nya, Ya Rabbi!!! Nak tidur pun naik atas katil. Kalau dah tidur, macam-macam posing keluar.

Fei Fei, anak Ira dengan …… ntah?? Yang pasti bukan dengan Pikoe, Kucing betina. Very smart. Tak kira apa yang aku makan dia jadi tukang sibuk “kecek” apa yang aku makan. Asalkan nampak kelibat aku, dia sudah mula meng”eow” tak kira pagi atau malam.
Oh!!! Ya ….. she got new “baby” se”ekor” baru seminggu. Harapkan perut jer besar tapi yang keluar sekoq jer!!! Anyway, Pikoe & Fei Fei congrat!!!
Anak Ira dengan PIKOE; Ninie ( Asalnya nak panggil nama Queenie, panjang sangat pendek kan jadi Ninie ), Momo ( Nama kucing yang dulu – Full name aku letak nama GIZMO ) dan Xiao Mei ( Yang paling kecil dari tiga ekor ) . Ninie & Momo agak manja. Cuma si Xiao Mei agak liar sikit. Memang dari kecil saiz dia agak kecil berbanding Ninie dan Momo. Dan, semestinya jadi mangsa buli Ninie dan Momo.

Kucing-kucing BOHJAN – Itam / Jahhat / Anak Makcik. Yang selalu ada kat rumah macam biasa si Itam. Jantan se-ekor ni pelik sikit. Nak manjakan dia kena tepuk kuat-kuat badan dia. Manja nya lain, kalau dah meleseh-leseh kat kita suka sangat duduk kat kaki. Sampai nak bergerak pun susah.

Jahhat, adik beradik si Itam yang juga anak kepada Ujang cucu kepada Gizmo. Asalnya masa kecik-kecik dulu suka gigit orang ntah macam mana lekat nama panggil Jahhat. Perangai lebih kurang macam Itam tapi liar sikit. Jarang balik rumah. Kalau time nak makan baru balik. Lebih kurang, kira jantan kaki rayau juga, merangkap kaki pukul kat area rumah aku.

“Anak Makcik,” pelik namanya kan?? Popo yang kasi nama. Selalu, lepak kat rumah temankan si Itam. Tukang layan Ninie, Momo dan Mei Mei berkejar turun naik tangga.

Tenteng 4 ekor anak kucing yang belum celik mata. Nanti dah besar sikit aku cerita. Sebab, nak cerita sekarang pun tak tahu apa nak cerita apa. Yang pasti, rumah aku nanti

6 comments:

Rush Murad said...

wahhhhhhhhhhh.......... dah ada blog!!!!!!! tak cakap punggggggg........ rindu nya kat kucing2 kau tuuuu......... aku nak bela kucing kat sini, tapi tak der yg cantik... yg bulu panjang2 tu terlampau mahal..... soo... da beberapa ekor yg datang rumah, terus aku bela.... best la plak ekkk bela kucing.... daripada bela orang...

gap_jb said...

Alar! Baru belajar nak berblog segala! Kat opis nak boleh ber internet, cuma certain website tu kena jaga. Nak tulis bebyk tak ada idea, semalam boring sangat kat opis.

Zoulkieflie said...

Salam..bro,detail ko nye crita ek..aku kureng sikit pasai kucing ni..hehe
tapi bila tgk ko bela kucing,terasa nak beli je..:P..
anyway,keep on blogging..

gap_jb said...

Bela orang lagi senang kot?? Tapi kucing ni leceh nya banyak!

Rush Murad said...

bila nak update blog ni? nak aku promote ke???

Zoulkieflie said...

jepun,bila ko nak hapdet blog ko nieh..
tak habis habis citer pasai kucing..haha