Monday, September 22, 2008

Diari Ramadhan – 22 September 2008 / 22 Ramadan 1429


Handphone tak boleh called out! Tension!!! Apa tak nya bill bulan ni lebih daripada biasa. Nak ikutkan memang tak banyak buat call. Bila check bill baru perasan roaming charges masa kat Bangkok dulu adoooiiii. Naik juling bijik mata. Banyal call dari opis so nak tunggu claim, lepas raya baru masuk. Hmmm terpaksa bersabar lar tunggu gaji.

Cerita tentang puasa dan raya. Puasa aku tahun ni Alhamdulillah masih terjaga. Walau pun ada beberapa ensiden menguji keImanan. Tentang RAYA, hmm tak ada beza macam tahun-tahun yang lepas. Persiapan untuk diri sendiri memang tak ada.

Tahun ni Insya Allah aku beraya kat kampung. Kelaziman kalau raya mesti nak balik kampung. Tak sah kalau pagi raya tak ziarah kubur aruah emak. Tahun lepas aku beraya sorang-sorang. Adik beradik yang lain semua tak nak balik. Mmmmm …. malas nak bercerita.

Sebut tentang raya rindu aku kat kuih tat nenas, biskut cornflakes dan kuih makmur aruah emak buat. Kalau dulu masa aku kecik-kecik time seminggu sebelum raya ni semua tengah sibuk buat kuih. Yang tak pernah miss dalam menu kuih raya emak; bahulu, tat nenas, biskut cornflakes dan kek lapis koko.
Lain-lain option, dodol atau pun wajek.

sambung esuk

3 comments:

Norae said...

salam..

Tahniah kerana dapat mengcompletekan puasa setakat nie.. dalam seminggu lagi raya menjelang.

Tak apela kalau adik beradik takde.. yg penting dapat ziarah kubur & sedekahkan Al-fatihah atau Yasin.. semoga aruah mak saudara ditempatkan bersama2 orang yg beriman.. AMIN..

syiok kan dapat buat kuih raya beramai2 nie..

Zoulkieflie said...

salam..jep,di kesempatan ni,aku nak ucapkan selamat hari raya,maaf zahir dan batin..kalau ada salah silap tu,harap ko maafkan aku ok..
aku suka gambar ketupat yg ko sediakan tu..:)

NN said...

nostalgik nye gambar ketupat tuh..
so, tahun nih beli laa sendiri segala kuih biskut yg suke tuhh.. takpe, tat nenas kak tek kan sedap..

nanti dia kasik laa tuh sebekas..
:p